Halaman

Rabu, 22 Disember 2010

Jom Baca-Wasiat..!!

Salam..



 Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan

 mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.


 Maksudnya begini:


         Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka

           atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak

           terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai

                          bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk

       dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka

            diperintah Allah untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang

                mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum

                                                  manusia itu dijadikanNya. .......

               "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup!

      Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)..



                 Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana

                     telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara

                                                                     seperti berikut:


           1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana

               maklum lah sibuk belaka....)



           2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut

               diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)


           3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"...

               walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )



           4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku

               tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak

               cukup-cukup kitab Yaasin



            5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklumlah, anak tak sempat

                mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)



            6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."

                kematian ibubapa



             7. sedekah pisang kat masjid.....



             8. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung

                "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya

                  sekali sepanjang hayat sahaja!)


                               Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas

                       adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada

                                                          bapak/mak. Kau tak buat ke?"



                                   Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"-

                             kerana "dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua

                                                          ini, jadi aku tak bersalah lagi!".....



                        Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini,

                                 TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai

                       justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah diselitkan satu ayat

                        yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkanlah ibu bapa ku".

                                   Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.



                          Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah

                          meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing)

                          dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan

                                                          ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).



                          Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu

                 bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua

                              ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga semua anak-anak

                            yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk

                    menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itulah 3 harta yang akan mengiringi kami

                                 ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat...... .



   Ambil iktibar dari lampiran di bawah.



                              Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu

                        'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan

                         dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya."



   (Hadith Riwayat Imam Muslim)



                     Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama

                        jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam

                     kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam upacara-upacara

                      jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa

                                   faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.


                        Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble)

                      dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu

                        'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta

                      terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.



   Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,


            "Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh

              Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan

                                                    semua kubur yang ditinggikan orang.



   (Hadith Riwayat Imam Muslim)




  Renung2kan lah



Tiada ulasan: