Halaman

Selasa, 17 Ogos 2010

Bekas kuih lagi !

Salam Ramadhan buat semua teman2,semuga ibadah puasa anda di berkati dan sentiasa mendapat rahmat di bulan yg mulia ini.
Alhamdulillah bertemu lagi di arena ini dan entry kali ini masih lagi mengenai bekas kuih.
Bekas kuih ini lanjutan dari bekas kuih yang saya paparkan sebelum ini .Pada mulanya hajat nak buat 4 ke 5 design je tapi otak ni p kir nak buat macam2 design lak .w/pun designnya biasa2 je ,tapi makan masa sebulan jugalah nak siapkan semua ni,target siapkan sebelum puasa  akhirnya berjaya juga.Bila dah buat banyak dgn design yg berlainan(21design kesemuanya nnti saya update yg lain kemudian) eemmmm...saya suka ,suami suka(w/pun masa nak beli bekas  plastik ni dulu dia tanya and a bit confuse nak buat apa byk2 ni,tapi tetap memberi sokongan dan sponsor saya beli semua bahan2 jahitan.)  anak2 ? lagilah suka (mana taknya tak pernah tengok sebelum ni ) setiap kali saya siapkan satu2 design  Ini lah antara diolog yg akan saya dengar "cantik....lah ibu! pandai ibu buat...lepas ni ibu nak buat lagi ke ?warna apa pulak..?"kata2 yg sering buat saya bangga dan bersemangat utk terus kan usaha ni .Tapiii...................saya buat semua ni tak kan  utk koleksi peribadi je kan...
Jadi saya pun promotelah bekas kuih ni kat adik beradik,ipar-duai,jiran2.Alhamdulillah sambutan menggalakkan,siap order lagi,tapi saya tak berani nak ambil order byk2(sanggup 24 biji aje)takut tak terbuat &tak sempat lak nak pakai raya ni.Ketika entry ni ditulis saya masih dalam proses menyiapkan order(dah siap 16 tinggal lagi 8) dan nak buat utk pakai sendiri punya lak sbb ari tu lupa nak reserve satu.
(to pn ann  thanks ! for the tutorial .)

Tiada ulasan: